Home Tempatan Berita Saintis NASA, Dikutuk Pembaca Malaysiakini

Berita Saintis NASA, Dikutuk Pembaca Malaysiakini

SHARE

Artikel positif mengenai kejayaan dan kecemerlangan anak Malaysia dalam bidang kajian sains dan teknologi yang sepatutnya mendapat komen positif menjadi sebaliknya selepas kebanyakan komen yang ditulis bersifat menghentam dan rasis.

Artikel yang diterbitkan oleh portal Malaysiakini bertajuk “Why Nasa scientist Amani chose M’sia over the stars” adalah mengenai saintis berbakat Dr Wan Wardatul Amani Wan Salim yang pernah mengetuai projek NASA Small Satelit (nanosatelit), Sporesat pada tahun 2014.

Selepas itu, Dr Amani memilih untuk kembali ke tanah air berkhidmat kepada masyarakat walaupun berpeluang untuk bekerja di NASA.

Didapati ruangan komen dipenuhi dengan komen-komen yang negatif, rasis dan menghentam berbanding pujian dan kata-kata positif untuk satu berita yang positif.

Seorang netizen yang menggunakan nama ‘debater’ mendakwa, staf akademik sepatutnya dilantik berdasarkan merit, rekod kajian dan sumbangannya. Jika tidak, apa yang diucapkannya hanya kata-kata kosong (tidak bermakna).

 

Manakala komen dari hello pula menyifatkan Dr Amani seperti tidak nampak realiti di Malaysia di mana 99% bangsa tertentu menguasai pangkat tinggi dalam bidang akademik juga jawatan dalam kerajaan.

Seorang lagi dengan nama Anonymous seolah-olah mempertikaikan pencapaian Dr Amani melancarkan nanosatelit, Sporesat dan membandingkannya dengan pencapaian negara-negara seperti Jepun dan Korea Utara yang telah melancarkan banyak satelit. Bukan itu sahaja, anonymous juga seolah-olah menyifatkan hanya saintis kampung yang menganggap pelancaran nanosatelit sebagai satu pencapaian hebat.

Sehingga ke waktu penerbitan penulisan ini, Malaysiakini masih membiarkan ruangan komennya dipenuhi dengan pelbagai komen berbaur negatif dan rasis tanpa mengambil sebarang bentuk tindakan untuk menyekat atau menapis komen-komen pembaca berbayarnya.

Comments