Home Tempatan Beri Hak Perlindungan Kepada Pasangan Bersekedudukan – Siti Mariah Mahmud

Beri Hak Perlindungan Kepada Pasangan Bersekedudukan – Siti Mariah Mahmud

SHARE

Kuala Lumpur: Mana-mana pasangan yang bersekedudukan atau tinggal sebumbung tanpa ikatan perkahwinan yang sah, tidak dilindungi oleh Akta Keganasan Rumah Tangga (Pindaan) 2017 yang mendapat kelulusan pindaan kelmarin.

Perkara ini disahkan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim seperti yang dilaporkan sebuah portal atas talian, walaupun semasa perbahasan terdapat permintaan daripada Ahli Parlimen Kota Raja untuk berbuat sebaliknya.

Dua hari lepas, Ahli Parlimen Kota Raja, Siti Mariah Mahmud (Amanah) dalam membahaskan Rang Undang-Undang Keganasan Rumah Tangga (Pindaan) mencadangkan agar undang-undang yang sedang dipinda itu juga terpakai kepada pasangan-pasangan yang bersekududukan.

“Saya juga ingin menyebut di sini ada sedikit yang saya rasa ini ialah kalau kita tengok akta ini, mereka yang ditakrifkan sebagai yang boleh menggunakan akta ini Akta Keganasan Rumah Tangga adalah suami atau isteri, bekas suami, bekas isteri, anak lelaki, anak perempuan, ibu atau bapa, abang, kakak dan adik dan mana-mana saudara lain di dalam keluarga. Boyfriend tidak ada, teman lelaki tidak ada. Ini sebab orang kita sekarang ini banyak sangat coupling ini, kalau dulu ya tapi sekarang ini berlaku. Jadi tidak ada, jadi kalau berlaku penderaan ini ataupun keganasan mungkin di bawah akta lain diguna sebagai keganasan, tidak di bawah ini.

Mungkin ada begitu tapi kita tahu juga tidak semua orang dalam keadaan masyarakat kita sekarang dia berkahwin, dia cohabit ramai.

Ada yang telah menjalani hidup seolah-olah suami isteri tidak kiralah awak Muslim kah, atau non-Muslim kah dan perkara ini berlaku.”

Menjawab kepada cadangan Ahli Parlimen Bukit Gelugor dari DAP, YB Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh yang bertanyakan sama ada amalan perundangan yang diamalkan diluar negara seperti contoh yang berlaku di Australia di mana pasangan bersekedudukan yang bukan suami isteri turut sama diiktiraf dan diberikan hak yang sama dengan hak suami dan isteri, laporan Hansard Parlimen mencatatkan:

“…Ini yang saya sedang bangkitkan kepada Yang Berhormat Menteri tentang satu lagi kumpulan iaitu yang bukan suami isteri tetapi mempunyai hubungan yang agak intim ataupun terlebih intim, whatever. Akan tetapi ada emotional tie between them, ada ikatan emosi di antara mereka seperti suami isteri.

Kita bukan hendak mengiktiraf tetapi maknanya perkara ini berlaku dan kalau boleh pindaan-pindaan seterusnya akan memasukkan perkara ini.”

Dalam pada itu menurut Datuk Seri Rohani Abdul Karim lagi sebarang keganasan hubungan sesama pasangan masih boleh dilaporkan dibawah Kanun Keseksaan seperti Seksyen 323 dan Seksyen 324 dan seterusnya.

Comments