Home Tempatan Berhenti politikkan isu berkaitan Islam

Berhenti politikkan isu berkaitan Islam

SHARE

KUALA LUMPUR 16 April – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mengingatkan umat Islam khususnya golongan liberal untuk berhenti mempolitikkan isu berkaitan dengan agama Islam termasuk berkenaan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, ini kerana menjadi kewajipan umat Islam untuk bersatu dalam mempertahankan agenda untuk memartabatkan agama Islam.

“Kepada umat Islam khususnya Muslim liberal, berhenti daripada mempolitikkan semua isu yang melibatkan agama Islam termasuk RUU 355.

“Jika kamu benar-benar seorang Muslim segala aspek berkaitan agama Islam perlu dipertahankan dan kita semua wajar bersatu atas dasar agama,” katanya ketika berucap pada Ijtimak 150 cendekiawan Islam Malaysia bersama Dr. Zakir Naik menangani Islamofobia di Rumah Kelab Alumni Universiti Malaya di sini hari ini.

Pada majlis itu Zakir yang merupakan pendakwah antarabangsa dari India dijemput untuk menyampaikan ceramah khas bertajuk ‘How to Tackle Islamophobia’

utusan online

Comments