Home Tempatan Berhenti Hukum Datuk Seri Najib Di Pentas Media – Dato’ Dr Asyraf...

Berhenti Hukum Datuk Seri Najib Di Pentas Media – Dato’ Dr Asyraf Wajdi Dusuki

SHARE

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia berpendirian bahawa Bekas Perdana Menteri, YB Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak wajar diberikan hak dan peluang untuk membela diri dan mendapatkan keadilan sepenuhnya.

“Selagi tidak disabitkan hukuman, beliau berhak dilayani sebagai seorang yang tidak bersalah berasaskan prinsip Islam (al-aslu bara’atu zimmah) dan prinsip perundangan (presumption of innocence),” tegas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dato’ Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Oleh yang demikian, beliau berharap agar pihak media berhenti mengaibkan Datuk Seri Najib Tun Razak yang dilihatnya seperti usaha untuk mengalihkan pandangan rakyat terhadap kelemahan pentadbiran kerajaan hari ini.

“Biarlah proses perundangan berjalan dengan adil, telus dan tanpa prejudis di kamar mahkamah dan bukannya dihukum di pentas media.”

“Justeru, hentikanlah kecenderungan mengaibkan beliau di khalayak, sekaligus mengelakkan gambaran semacam wujud satu usaha mengalihkan pandangan rakyat terhadap kelemahan pentadbiran hari ini yang gagal melunaskan segala janji manifesto mereka,” katanya lagi.

Comments