Home Tempatan Bercakap Tentang Islam, Siti Kasim Ikhlas, Mufti Dibayar – Anas Zubedy

Bercakap Tentang Islam, Siti Kasim Ikhlas, Mufti Dibayar – Anas Zubedy

SHARE

Kuala Lumpur: Anas Zubedy, penganjur kempen “Let’s Read the Quran” mengingatkan Mufti Perlis tentang keikhlasan Siti Kasim, seorang Muslim sejati yang bercakap mengenai agama Islam secara percuma, sedangkan tokoh agamawan tersebut dibayar untuk bercakap mengenai agama Islam.

Beliau berkata sedemikian dalam penulisan beliau agar Mufti Perlis tersebut tidak meneruskan niatnya untuk menganjurkan dialog terbuka berkaitan Islam di Malaysia di antara peguam tersebut dengan Ustaz Salman Ali.

“Yang mulia Mufti Perlis perlu ingat apabila Siti bercakap mengenai Islam, beliau tidak mendapat bayaran. Beliau mendapat duit dengan menjadi seorang Muslim, bukan untuk menyampaikan Islam. Beliau menghasilkan pendapatan melalui pekerjaannya sebagai seorang peguam.”

“Siti bekerja keras merayu sana sini bagi mendapatkan dana untuk melakukan kerja-kerja kebajikan kepada mereka yang tiada kuasa, tiada suara. Beliau melakukannya bukan kerana wang! Itulah tanda sebagai seorang Muslim sejati.”

“Yang mulia Mufti perlu ingat, apabila beliau bercakap mengenai Islam, beliau mendapat bayaran. Sedangkan Siti tidak.”

“Kita perlu beri pengiktirafan sewajarnya kepada mereka yang membelanjakan wang mereka sendiri bagi menyebarkan pegangan mereka sendiri mengenai Islam.”

Anas Zubedy juga mengambil kesempatan untuk memuji Siti Kasim sebagai seorang Muslim yang baik hati dan berhati mulia serta membawa lambang Islam sepertimana Rasulullah SAW memperjuangkan nasib mereka yang memerlukan.

“Siti berhati baik dan seorang Muslim yang baik. Nabi juga berjuang bagi mereka yang miskin, yang terpinggir dan mereka yang memerlukan. Siti melambangkan bahagian Islam tersebut dengan rambutnya yang diwarnakan dan gayanya yang ranggi.”

“Tolonglah lihat pada inti dan bukannya rupa luaran sahaja.”

Menurutnya lagi, Siti Kasim adalah seorang Muslim yang menggunakan penafsiran al-Quran tersendiri sebagai pedoman dan sumber hidayah, sebagaimana yang dilakukan oleh para ulama yang agung.

“Siti Kasim ialah seorang Muslim. Beliau mungkin tidak bersetuju dengan cara aliran utama menafsir al-Quran, tetapi beliau masih mengguna al-Quran sebagai panduan beliau, hidayah beliau. Dengan kata lain, perbezaan hanyalah pada tafsiran.”

“Sebagai contoh, rambut sebagai aurat. Siti tidak bersetuju dengan pendapat yang mengatakan tudung sebagai bahagian penting sebagai seorang Muslim kerana beliau melihat tidak ada keperluan untuk memakai tudung dalam al-Quran.”

“Keyakinan beliau adalah berdasarkan kefahamannya sendiri mengenai al-Quran.”

“Sedangkan para ulama agung pun berselisih dalam pelbagai penafsiran al-Quran — mereka juga mengikut keyakinan masing-masing. Mereka juga menggunakan al-Quran sebagai hidayah mereka. Seperti itu jugalah Siti.”

Comments