1. al-Imam al-Syafi’e dikatakan menyelesaikan bacaan al-Quran sebanyak 60 kali khatam sepanjang bulan Ramadan. Perkara ini direkodkan oleh al-Imam al-Zahabi di dalam kitab Siyar A’lam al-Nubala.
2. al-Imam Ahmad pula menceritakan bagaimana Ata’ ibn al-Sa’ib, seorang sarjana hadith yang ulung yang sentiasa khatam bacaan al-Qurannya setiap hari sekali di dalam bulan Ramadan.
3. Salam ibn Abi Muti’ pula menggambarkan kehidupan Qatadah, seorang ulama tafsir di zaman beliau. Qatadah dikatakan sentiasa menghabiskan bacaan al-Qurannya setiap minggu. Apabila datang Ramadan, beliau akan khatam setiap 3 hari sekali. Namun apabila tiba malam sepuluh yang terakhir, beliau akan khatamkan bacaan al-Quran beliau sehari sekali.
Untuk berita penuh sila klik di sini