Home Tempatan Bentuk Masyarakat Sayang Agama Dengan Solat Jemaah – Mufti Pahang

Bentuk Masyarakat Sayang Agama Dengan Solat Jemaah – Mufti Pahang

SHARE

Serdang, Selangor: Mufti Pahang Sohibus Samahah Dato’ Sri Dr Haji Abd Rahman Bin Haji Othman berkata, seluruh alam dijadikan untuk kita membenarkan alam ini berdasarkan kehidupan menurut syariah dan sunnah.

“Seluruh alam dijadikan untuk kita membenarkan alam ini, kebenaran yang berlandaskan kepada kehidupan yang berdasarkan syariah dan sunnah.”

Demikian yang diujarkan oleh beliau kepada para hadirin dan umat Islam dalam program Deklarasi Ijtima’ Penegasan Kedaulatan Islam (DIPKI) 2018 bertempat di Dewan Bankuet, Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang.

Dalam masa yang sama, Dato’ Sri Dr Haji Abd Rahman turut menyeru agar umat Islam mengajak ahli keluarga masing-masing mendirikan solat jemaah demi membentuk masyarakat yang sayang agama.

“Ajak keluarga solat berjemaah. Supaya dengan itu ia membawa ke arah membentuk masyarakat yang sayang agama.”

Comments