Home Tempatan Benarkan Anak Kita Tonton Gay, Malaysia Takkan Hancur OK – Zurairi AR

Benarkan Anak Kita Tonton Gay, Malaysia Takkan Hancur OK – Zurairi AR

SHARE

Petaling Jaya: Penolong pengarang berita Malay Mail Online, Zurairi Abdul Rahman  mendesak supaya kanak-kanak wajar dibenarkan menonton watak-watak LGBT di dalam filem-filem agar kanak-kanak tersebut dapat diajar bahawa golongan gay itu wujud dan tidak ada beza di antara mereka dengan golongan manusia normal.

Zurairi Abdul Rahman, yang lebih dikenali sebagai Zurairi AR, menulis sedemikian dalam artikelnya yang berjudul “Raising kids to not hate” yang disiarkan oleh portal dipenuhi fundamentalis LGBT dan pro-evangelis, Malay Mail Online baru-baru ini.

“Kanak-kanak perlu melihat watak-watak gay di dalam filem. Mereka perlu diajar bahawa golongan gay wujud, tidak ada sebarang perbezaan di antara mereka dengan golongan heteroseksual, dan mereka perlu diberi layanan yang sama.”

Menurut Zurairi, pandangan serong masyarakat umum Malaysia terhadap golongan LGBT adalah disebabkan idea lapuk yang sudah ketinggalan zaman, disebabkan oleh kepercayaan-kepercayaan yang masih dianuti oleh orang-orang tua yang mahu dipaksakan ke atas orang lain.

“Dunia sudah berubah. Generasi akan datang tidak lagi terikat dengan idea-idea lapuk yang masih dipegang oleh orang-orang tua yang mahu memaksa kepercayaan-kepercayaan mereka ke atas orang lain. Dan kita sebagai ibu bapa hendaklah mengambil cabaran ini untuk turut maju.”

Beliau sebelum ini pernah menolak kemungkinan berlakunya sebarang malapetaka atau kerosakan yang berlaku disebabkan oleh pelakuan seks songsang golongan LGBT di dalam tulisannya terdahulu yang dimuatkan oleh Malaysian Insider.

“Kerosakan yang bagaimana sebenarnya? Golongan LGBT sudah wujud buat jangka masa yang lama, dan kita masih belum pernah lagi melihat Malaysia dihancurkan oleh gempa yang berkadaran sama dengan yang berlaku di Sodom (kaum Nabi Lut). Elok sahaja jika kita salahkan golongan gay sebagai penyebab Tanah Melayu berulang kali dijajah oleh Belanda, Portugis, British dan Jepun. Kenapa berhenti sekadar itu? Mari kita dakwa bahawa dinosaur-dinosaur telah dihapuskan kerana dinosaur-dinosaur itu gay.”

Comments