Home Tempatan Belia Malaysia-Palestin perkukuh kerjasama

Belia Malaysia-Palestin perkukuh kerjasama

SHARE
PRESIDEN MBM, Mua’amar Ghadafi Jamal Jamaludin menerima cenderamata persahabatan daripada Pengerusi Palestinian Cultural Organization Malaysia (PCOM), Muslim Imran di pejabat MBM di Kuala Lumpur pada 28 Mac lalu.

KUALA LUMPUR 29 Mac – Malaysia dan Palestin sepakat memperkukuhkan kerjasama dalam kalangan belia di kedua-dua negara menerusi jaringan hubungan yang sedang dibina.

Kesepakatan itu dicapai dalam pertemuan di antara Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan Palestinian Cultural Organization Malaysia (PCOM) di pejabat MBM di sini hari ini.

Dalam pertemuan itu, MBM diwakili Presidennya, Mua’amar Ghadafi Jamal Jamaluddin dan Setiausaha Agung Ahmad Saparudin Yusup manakala delegasi PCOM diketuai oleh Pengerusinya Muslim Imran dan Pegawai Perhubungan Awam,  Abdullah Waleed.

untuk berita penuh sila klik di sini

UTUSAN ONLINE

Comments