Home Antarabangsa Belasah Menantu Rogol Anak

Belasah Menantu Rogol Anak

SHARE

Mathura, India: Seorang pegawai polis telah ditahan atas tuduhan merogol anaknya sendiri. Pegawai polis tersebut dikatakan merogol anaknya disebabkan provokasi yang dibuat oleh mangsa (anak).

Dalam satu laporan yang diterbitkan oleh akhbar The Independent, sub-inspektor yang berumur 58 itu didakwa menyerang anaknya dalam balai polis.

Perogol tersebut sepatutnya bersara dalam masa tiga hari daripada hari kejadian, yang mana dilaporkan juga bahawa lelaki tersebut telah membelasah menantunya.

Sementara itu, mangsa juga melaporkan bahawa beliau telah didera oleh ayahnya semenjak remaja lagi dan beranggapan bahawa kehidupan beliau akan berubah selepas berumahtangga.

“Saya menyangka ayah saya telah berubah setelah sekian lama. Namun, terbukti tanggapan saya adalah salah,” kata mangsa kepada pegawai polis.

Sumber polis menyatakan bahawa pegawai polis (perogol) itu mengaku telah melakukan kesalahan tersebut kerana terdapat provokasi oleh mangsa.

Pada tahun 2015, lebih 34,000 kes rogol dilaporkan di India bersamaan hampir 100 kes setiap hari. Ini tidak termasuk sejumlah besar kes rogol yang tidak dilaporkan.

India sering dijadikan contoh negara yang patut diikuti jejaknya dalam sistem perundangan dan hak asasi minoriti oleh pendokong sekularisme di Malaysia. Ambiga Sreevanasan sebelum ini menggunakan negara India sebagai contoh negara sekular terbaik dunia.

Namun, pada hakikatnya kes-kes rogol yang dilaporkan oleh umat Islam dan Hindu kasta rendah sering tidak mendapat keadilan yang sewajarnya.

Comments