Home Antarabangsa Bela Rohingya, penasihat Islam Suu Kyi maut ditembak di kepala

Bela Rohingya, penasihat Islam Suu Kyi maut ditembak di kepala

SHARE
Supporters carry the coffin of Ko Ni, a prominent member of Myanmar's Muslim minority and legal adviser for Myanmar's ruling National League for Democracy, after he was shot dead, in Yangon, Myanmar January 30, 2017. REUTERS/Soe Zeya Tun

YANGON, 30 Jan — Penasihat Aung San Suu Kyi, seorang peguam Islam yang mengecam kekejaman terhadap etnik Rohingya, mati ditembak di luar lapangan terbang ketika memegang cucunya.

Ko Ni, penasihat undang-undang parti tokoh wanita tersebut Liga Demokrasi Kebangsaa (NLD), ditembak di kepala tengah hari semalam dalam pembunuhan yang menggegarkan Myanmar, lapor AFP.

Ribuan orang Islam, imam, sami Buddha dan penyokong NLD mengiringi jezanah Ko Ni, 63, ketika pengkebumian di sebuah perkuburan di luar ibu kota Yangon hari ini.

Menyifatkan serangan itu bermotifkan politik, NLD mengecam sekeras-kerasnya pembunuhan tersebut yang dianggap tindakan pengganas terhadap dasar parti pemerintah itu.

Pemandu teksi yang cuba menghalang penembak Kyi Lin, 53, turut terbunuh. Pembunuh tersebut berjaya ditangkap di tempat kejadian.

Anak perempuan peguam itu Yin Nwe Khaing, yang membawa anak lelakinya berjumpa Ko Ni di lapangan terbang, percaya bapanya dibunuh kerana makin lantang membela nasib umat Islam di Rakhine.

Tentera Myanmar melancarkan serangan terhadap Rohingya mulai Oktober lalu yang menyebabkan 66,000 orang etnik itu melarikan diri dari kampung halaman mereka.

Ko Ni juga pernah mengkritik golongan nasionalis Buddha yang ingin memperkenalkan undang-undang agama.

Golongan pelampau nasionalis ini juga mengobar-ngobarkan sentimen anti-Muslim, kira-kira 5 peratus daripada penduduk Myanmar.

The Malay Mail Online

Comments