Home Tempatan Bekas ADUN PKR Pulau Pinang Menyebar Kebencian Terhadap Islam – GPMS

Bekas ADUN PKR Pulau Pinang Menyebar Kebencian Terhadap Islam – GPMS

SHARE

PULAU PINANG: Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Negeri Pulau Pinang mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas Adun Batu Uban Raveentharan Subramaniam menerusi akaun Facebook beliau yang berbunyi, “firstly Islam was never a religion of peace”.

Menurut Azdy Mohd Arshad selaku Ketua Penerangan GPMS Pulau Pinang, GPMS memandang serius kenyataan yang dibuat oleh Raveentharan memandangkan beliau adalah bekas Adun dan seorang yang berpengaruh serta merupakan pemimpin parti politik.

“Kenyataan yang berunsurkan hasutan dan provokasi melampau ke atas agama Islam serta seluruh umat Islam jelas membuktikan sikap sebenar Raveentharan sebagai seorang yang anti Islam, rasialis dan berniat jahat mahu memerangi Islam.”

Tambah Azdy lagi, “sebagai seorang bekas wakil rakyat, pemimpin politik dan pengamal undang-undang, sewajarnya beliau sedar akan betapa bahayanya tuduhan yang dibuat terhadap Islam dan kesannya terhadap masyarakat dan negara ini. Kenyataan beliau juga boleh mempengaruhi pengikut beliau lantas mencetuskan suasana tidak harmoni sesama masyarakat. Oleh itu, Raveentharan harus bertanggungjawab atas kenyataan beliau memfitnah agama Islam walaupun beliau sudah memohon maaf menerusi laman Facebook.”

“GPMS berharap agar pihak Polis DiRaja Malaysia dapat menjalankan siasatan segera dan memastikan tindakan tegas diambil terhadap Raveentharan atas kebiadapan dan keceluparan beliau. Ini sangat penting supaya ia menjadi pengajaran dan amaran buat golongan yang cuba mewujudkan suasana tidak harmoni dan mencetuskan konflik agama atau provokasi melampau dalam negara kita di masa akan datang,” tegas Azdy.

Comments