Home Tempatan Beberapa Pindaan Perlembagaan Akan Dicadangkan IRC – Ambiga Sreenevasan

Beberapa Pindaan Perlembagaan Akan Dicadangkan IRC – Ambiga Sreenevasan

SHARE

Kuala Lumpur: Dato’ Ambiga Sreenevasan semalam mengumumkan bahawa Jawatankuasa Pembaharuan Institusi yang baru ditubuhkan akan mencadangkan beberapa pindaan terhadap Perlembagaan. Demikian menurut laporan portal Malay Mail Online.

Jawatankuasa Pembaharuan Institusi yang turut dianggotainya telah ditubuhkan oleh Majlis Penasihat Kerajaan di bawah Kerajaan Pakatan Harapan. Jawatankuasa ini diberi tanggungjawab untuk mencadangkan kepada Perdana Menteri cadangan-cadangan pembaharuan institusi untuk dipertimbangkan.


7 Tuntutan Kedaulatan Islam
Menurut Dato’ Ambiga, beberapa cadangan pindaan terhadap Perlembagaan akan dibuat, tetapi cadangan yang lebih besar hanya akan melibatkan perubahan kepada perundangan sekarang. Perubahan mungkin hanya melibatkan struktur dan bukan perundangan itu sendiri.

“Kami akan mengkaji semua aspek dan mengesyorkan dalam pelbagai kes di mana terdapat keperluan untuk perubahan pada Perlembagaan.”

Selain beliau, jawatankuasa tersebut turut dianggotai oleh dua hakim bersara Mahkamah Rayuan iaitu Datuk KC Vohrah dan Datuk Mah Weng Kai yang juga Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia, Prof Emeritus Datuk Dr Shad Saleem Faruqi dan Presiden Persatuan Patriot Kebangsaan, Brig Jen (B) Datuk Mohamed Arshad Raji.

Comments