Home Antarabangsa Bayi selamat lahir daripada embrio beku 14 tahun

Bayi selamat lahir daripada embrio beku 14 tahun

SHARE

TEHRAN, 30 Rabiulakhir 1438H, Ahad – Seorang bayi berjaya dilahirkan di sebuah hospital di Iran selepas embrionya diawet beku selama 14 tahun.

Pengasas Pusat Kesuburan & Kemandulan Esfahan, Dr Asadollah Kalantari berkata, ini merupakan kelahiran pertama membabitkan embrio yang dibekukan selama 14 tahun, ini kerana kali terakhir ialah embrio berusia 11 tahun.

Katanya, setakat ini kedua-dua bayi dan ibu yang berusia 42 tahun dilaporkan sihat.

“Ibu bayi ini pernah mengalami dua kes kehamilan luar rahim 25 tahun lalu, menyebabkan beliau tidak berupaya untuk hamil secara semulajadi.

“Pada 2003, beliau mencuba kaedah kehamilan melalui persenyawaan in vitro (IVF), tetapi kehamilan itu juga tidak berjaya,” katanya.

Dalam masa sama, Asadollah memberitahu, setakat ini ada kira-kira 100,000 embrio beku yang sudah disenyawakan disimpan di pusat itu di Esfahan. – Agensi

Comments