Home Tempatan Bayangkan Menteri Besar kita LGBT — Ustaz Hafiz Nordin

Bayangkan Menteri Besar kita LGBT — Ustaz Hafiz Nordin

SHARE

Serdang, Selangor: Pengerusi Jaringan Muslimin Pulau Pinang, Ustaz Hafiz bin Nordin menasihati umat Islam agar jangan terperdaya dengan agenda licik pihak-pihak tertentu yang mahu membariskan calon-calon yang mewakili LGBT untuk bertanding dalam pilihan raya akan datang.

Beliau membuat pendedahan tersebut dalam ucapannya di Deklarasi Ijtima’ Penegasan Kedaulatan Islam (DIPKI) 2018 edisi Selangor yang telah berlangsung semalam.

Beliau berkata, “Di kalangan mereka saya mendengar hujung-hujung telinga, akan ada calon-calon yang mewakili LGBT, yang juga mungkin menjadi calon Menteri Besar. Negeri mana tak tahulah!”

“Tuan-tuan bayangkanlah Menteri Besar kita LGBT, gay, biseksual.”

Beliau kemudiannya mengingatkan para hadirin akan kewujudan Jawatankuasa Transgender Pulau Pinang, sebuah organisasi yang pernah mendapat liputan oleh portal Malaysiakini tentang kejayaan tokoh-tokoh mak nyah tersebut mengadakan mesyuarat pertama mereka di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang tidak berapa lama dahulu.

“Di Pulau Pinang ada Jawatankuasa Transgender. Bila saya bangkit tanya, surat lawyer mari kat saya. Saya bertanya kat Ketua Menteri Pulau Pinang, untuk apa Jawatankuasa Transgender ini?”

“Transgender ni apa dia? Bukan transformer. Mak nyah!”

“Dia tak pakai, patut Jawatankuasa Mak Nyah Negeri Pulau Pinang, mungkin mak nyah ni bunyi terlampau seksi kot. Jawatankuasa Transgender.”

Sehubungan dengan itu, beliau menggesa umat Islam agar berhati-hati dengan parti DAP yang menurutnya, mempunyai agenda yang menyalahi agama Islam.

“Pemimpin DAP mempunyai agenda selain daripada evangelis. Mereka mempunyai agenda untuk melaksanakan semua agenda Israel laknatullah dalam negara kita.”

“Mereka bukan setakat bercakap dalam negara. Mereka bukan setakat berani bercakap dalam Parlimen. Mereka melobi negara-negara antarabangsa. Mereka bercakap di UN, di PBB, memaksa Malaysia, memaksa kerajaan Malaysia meminda Perlembagaan, meminda akta-akta termasuk Kanun Keseksaan bagi menghalalkan LGBT.”

Comments