Home Tempatan Bawa Naratif Mahu Hapuskan ‘Islam sebagai Agama bagi Persekutuan’, Portal & Pengendali...

Bawa Naratif Mahu Hapuskan ‘Islam sebagai Agama bagi Persekutuan’, Portal & Pengendali Ditegur

SHARE

Putrajaya: Sebuah portal dan pengendalinya ditegur aktivis peguam, Lukman Sheriff Alias kerana cuba membawa naratif mahu menghapuskan kedudukan Islam sebagai Agama bagi Persekutuan seperti yang termaktub kemas dalam Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan dengan jelas kedudukan Islam di Malaysia, namun artikel yang dikeluarkan telah memetik kata-kata Kassim Ahmad yang antara lain mahu Perkara 3(1) tersebut dihapuskan.

“We have to amend the constitution, the federal religion in the constitution must be removed. A government must be just, a country doesn’t have a religion, (only) people have religion,”

Kata aktivis peguam Malaysian Lawyers Circle itu lagi, perbuatan menemuramah Kassim Ahmad semata-mata seolah-olah sengaja dibuat untuk membawa pandangan radikal dan ekstrem ke tengah sahaja.

“Kita mahu tahu sama ada penulisan ini adalah temuramah khas yang dibuat oleh portal tersebut? Apakah tujuan untuk mengadakan temuramah sedemikian? Adakah semata-mata kerana mahu menerbitkan pandangan sedemikian?” soal Lukman merujuk kepada artikel ‘Government have no business meddling in Islam, says scholar Kassim’.

Aktivis peguam itu juga mahu melihat sama ada pihak Majlis Peguam akan membuat sebarang kenyataan bagi mempertahankan kedudukan Perlembagaan Persekutuan.

Comments