Home Tempatan Batalkan Valet Doa, elak fitnah agama, kata mufti Wilayah

Batalkan Valet Doa, elak fitnah agama, kata mufti Wilayah

SHARE
Muslim pilgrims pray around the holy Kaaba at the Grand Mosque ahead of the annual haj pilgrimage in Mecca September 21, 2015. REUTERS/Ahmad Masood

KUALA LUMPUR, 15 Feb — Mufti Wilayah Persekutuan menggesa perniagaan Valet Doa atau “upah doa” dibatalkan bagi mengelak fitnah dan eksploitasi terhadap ibadah.

Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata perniagaan itu tidak menepati ajaran Islam sebenar dan dibuat tidak berlandaskan syariat.

“Kami sarankan anjuran dan perniagaan seperti ini hendaklah dibatalkan agar Islam dilihat sebagai agama yang benar-benar mengikut neraca syariatnya dan terhindar daripada fitnah-fitnah dan eksploitasi ibadah.

“Semoga Allah mengampunkan dosa kita semua dan menjadikan kita golongan yang benar-benar mengikut syariat-Nya,” katanya dalam satu kenyataan di laman sesawang pejabat mufti hari ini.

Sejak petang semalam, tular di media sosial khidmat Valet Doa yang mengenakan bayaran doa dengan kadar berbeza di pelbagai lokasi di tanah suci, Mekah.

The Malay Mail Online

Comments