Home Antarabangsa Bantuan diagih kepada Rohingnya

Bantuan diagih kepada Rohingnya

SHARE
Gambar fail menunjukkan pendatang Rohingya dari Myanmar dan Bangladesh berkumpul di kawasan tahanan di Kuala Langsa, Aceh, Indonesia . AFP

SITTWE 26 Feb. – Bantuan kemanusiaan yang dihantar oleh Malaysia selamat tiba ke ibu negeri ini dan telah diagihkan kepada etnik Muslim Rohingnya dan penduduk Rakhine di tigabuah bandar Selasa lepas.

Malaysia telah menyum­bangkan ratusan tan ma­kanan dan bara­ngan ke­perluan asas yang lain ter­masuk beras, mi segera, pakaian, kasut melalui kapal layar Nautical Aliya yang berlabuh di pelabuhan Thilawa di Yangon minggu lepas.

Bantuan kemanusiaan itu kemudian dimuatkan ke dalam kapal tentera di Sittwe, ibu negeri Rakhine di barat Myanmar sebelum diagihkan kepada penduduk di Sittwe, Pauktaw dan Mye­bon.

Nautical Aliya turut menyerahkan bantuan kemanusian di Bazar Cox di Chittagong, Bangladesh yang ketika ini dipenuhi dengan pelarian etnik Rohingnya selepas mereka melarikan diri sejak meletusnya konflik di Rakhine pada tahun lepas.

Pertubuhan Bangsa- Bang­sa Bersatu (PBB) me­ramalkan sekurang-ku­rang­nya lebih 1,000 warga Rohingnya maut manakala 73,000 meninggalkan negara sendiri kerana bimbang dengan konflik yang terus berlarutan itu.

Sementara itu, mahka­mah polis Myanmar telah menjatuhkan hukuman penjara terhadap tiga polis kanan yang didapati cuai sehingga menyebabkan pe­juang Rohingnya membunuh sembilan anggotanya pada 9 Oktober lalu.

Ketiga-tiga pegawai itu dijatuhkan hukuman selama satu hingga tiga tahun di daerah Maungdaw tetapi tempoh sebenar hukuman tidak diketahui kerana mereka berada di bawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri.

Menurut Menteri Pene­rangan, Ye Naing, siasatan rasmi sedang dilakukan untuk mengetahui bagaimana pemberontak yang kurang terlatih dan hampir tidak bersenjata mampu melakukan serangan sedemikian. – Reuters/Agensi

utusan online

Comments