Home Tempatan Bantah RUU 355: MCA Seiringan Liberalisme

Bantah RUU 355: MCA Seiringan Liberalisme

SHARE

Presiden MCA baru-baru ini dengan lantang bantah RUU355 kerana menurutnya, “RUU355 melanggar peruntukan perlembagaan negara”. Malah beliau ugut kepemimpinan negara bahawa “MCA akan keluar BN jika Umno sokong RUU355 yang dibawa oleh YB Marang atau kemukakan RUU tersendiri atau menyamai RUU355 berkenaan”.  Pelbagai reaksi timbul akibat kenyataan itu. Kepada YB DS Liow dan MCA kita nak syorkan: bacalah komen pakar undang-undang di media massa dan fahamkan isikandungan Akta 355 asal dan cadangan RUU355. Mustahil seorang Presiden MCA tidak faham sebuah cadangan RUU atau buat-buat tak tahu?

Atau, kalau sibuk gila sangat, YB suruh pegawai belikan 2 buku kecil terkini berjudul, Polemik Pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965: Satu Pandangan Perundangan oleh Prof. Madya Dr. Shamrahayu Aziz dan RUU 355: Tolak @ Terima – Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) Akta 355 oleh Prof. Madya Dr. M. Fuad Salleh & Hj. Zainal Zainuddin. Payah sangat kita boleh kirimkan – free of charge, YB! Bagi orang Islam, YB, Allah SWT berikan pahala menyampaikan dakwah kepada sesiapa jua!

Selain itu, media sosial terutamanya, begitu galak mengisahkan ancaman liberalisme dalam negara menerusi NGO2 ‘liberal’nya seperti  Sisters in Islam (SIS), BEBAS, BERSIH dan G25. Malahan, beberapa kerat NGO Islam (NGI) turut menyokong beberapa konsep bawaan pemikiran terbuka dan liberal mereka yang dirangkumkan dengan istilah-istilah besar seperti “Rahmatan Lil ‘Alamin” dan “Maqasid Syariah” yang ditafsirkan dalam konteks kefahaman acuan liberalism dan bukannya tafsiran rajih lagi sahih yang sudah diputuskan oleh para ulamak muktamar dunia.

Betapa tidak – misalnya bukan main kuat dengung suara kempen memegang, memeluk (dan entah apa lagi yang dibuat oleh mereka yang menyokong kempen ini pada masa itu, wallahu a’lam – sila tonton video berkaitan di Youtube), kempen pertahan hak asasi kemanusiaan LGBT dsb.  Atas alasan-alasan liberal yang mengarut itulah dicampuradukkan dengan konsep suci “Rahmatan Lil ‘Alamin” dan “Maqasid Syariah” yang tak pernah berlaku di negara kita seluas ini sebelumnya dengan memperalatkan anak-anak muda Muslim.

Demikianlah beban amat berat yang tertanggung ke atas batu jemala para ulamak dan intelek Islam terkini di negara Malaysia – sebuah negara Islam yang memperuntukkan Agama Islam sebagai Agama Persekutuan dengan Ketua Negaranya baru sahaja mengangkat Sumpah Jawatan dengan lafaz “Wallahi, Wabillahi dan Wattallahi” untuk mempertahankan kesucian agama Islam dalam negara. Inilah sunnatullah dan cabaran kepada umat Islam akhir zaman.

*Abu Asyraf kini sedang menyiapkan thesis PhDnya di sebuah universiti tempatan.

*Menara.my percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian Menara.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

Comments