Home Tempatan Bantah projek kubur bukan Islam di kawasan Melayu

Bantah projek kubur bukan Islam di kawasan Melayu

SHARE
Wakil penduduk lima buah kampung menaikkan kain rentang membantah projek pembinaan tanah perkuburan bukan Islam ketika mengadakan demonstrasi aman di hadapan Bangunan SUK Selangor di sini pagi ini.

SHAH ALAM 19 Jan. – Lebih 50 individu yang mewakili penduduk lima buah kampung di daerah Kuala Selangor dan Klang mengadakan perhimpunan aman bagi membantah rancangan kerajaan PKR Selangor membenarkan sebuah syarikat swasta membangunkan projek tanah perkuburan bukan Islam mega di kawasan mereka.

Mereka yang berkumpul di hadapan pintu masuk Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) kira-kira pukul 10 pagi ini menuntut supaya projek itu dibatalkan serta-merta kerana mendakwa tapak cadangan projek tersebut tidak mengambilkira sensitiviti penduduk setempat yang 95 peratusnya adalah beragama Islam.

Lima kampung yang terlibat ialah Kampung Felda Bukit Cerakah dan Bandar Puncak Alam yang terletak dalam daerah Kuala Selangor selain Kampung Bukit Kapar, Kampung Bukit Kerayong dan Kampung Bukit Hijau terletak dalam daerah Klang.

Utusan Malaysia

Comments