Home Antarabangsa Bank Israel biayai penempatan haram

Bank Israel biayai penempatan haram

SHARE

TEBING BARAT 18 Jun – Beberapa bank Israel di­dakwa terlibat sepenuh­nya dalam pembinaan pe­nempatan haram Yahudi di wilayah Tebing Barat dan boleh dituduh melakukan jenayah pepera­ngan.

Menurut pertubuhan Human Rights Watch (HRW), bank-bank berkenaan menyumbangkan sejumlah dana terhadap projek penempatan haram terbabit.

“Penglibatan bank dalam urus niaga ini melibatkan rampasan harta persendirian dalam situasi tertentu yang dikatakan melanggar undang-undang peperangan,” jelas Pengarah Pembela HRW Israel/Palestin, Sari Bashi dalam artikel diterbitkan awal minggu ini seperti dipetik portal Russian Today.

Bashi memberi contoh penglibatan Bank Leumi dan pemaju, Zemach Hammerman dalam membina penempatan haram baharu Yahudi di Alfei Menashe.

Untuk berita penuh sila klik di sini

UTUSAN ONLINE

Comments