Home Tempatan Bank di Malaysia kekal stabil – Moody’s

Bank di Malaysia kekal stabil – Moody’s

SHARE
Menara CIMB

KUALA LUMPUR 20 Jun – Moody’s Investors Service (Moody’s) menjangkakan prospek bagi sistem perbankan di Malaysia kekal stabil dalam tempoh 12 hingga 18 bulan akan datang disokong oleh persekitaran makroekonomi yang kukuh sama di dalam mahupun di luar Malaysia.

Naib Presiden dan Penganalisis Kanan Moody’s, Simon Chen berkata, walaupun keadaan makroekonomi negara adalah terbukti kukuh tetapi ketidaktentuan perubahan dasar oleh kerajaan baharu akan menimbulkan sentimen kepada pelabur dan perniagaan sepanjang tahun ini.

Moody’s juga mengunjurkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia akan berkembang pada 5.4 peratus tahun ini manakala pembiayaan pula tumbuh sekitar enam hingga tujuh peratus dalam tempoh berkenaan.

Untuk berita penuh sila klik di sini

UTUSAN ONLINE

Comments