Home Antarabangsa Bangladesh mahu Myanmar ambil semula pelarian Rohingya

Bangladesh mahu Myanmar ambil semula pelarian Rohingya

SHARE
In this Dec. 2, 2016 file photo, Rohingya Muslims from Myanmar make their way in an alley at an unregistered refugee camp in Teknaf, near Cox's Bazar, a southern coastal district about, 296 kilometers (183 miles) south of Dhaka, Bangladesh. Rohingya Muslims in Bangladesh are worried about a government proposal to relocate them to a low-lying island deemed not ready for people to live there. Some 300,000 Rohingya Muslims have lived in Bangladesh for decades after fleeing there from neighboring Myanmar in the face of persecution by its military and majority Buddhists. An additional 66,000 Rohingya have arrived in Bangladesh since October, fleeing violent retaliation after the killings of nine Myanmar border police. (AP Photo/A.M. Ahad, File)

DHAKA: Bangladesh bertegas untuk memindahkan pelarian Rohingya yang melarikan diri daripada keganasan di Myanmar ke sebuah pulau di Teluk Bengal walaupun ramai pengkritik menyifatkan pulau itu tidak sesuai didiami manusia.

Seorang menteri Bangladesh berkata, tindakan itu hanya bersifat sementara dan Myanmar tetap perlu mengambil semula pelarian terbabit.

Sejumlah 69,000 orang melarikan diri dari negeri Rakhine ke Bangladesh, sejak tentera Myanmar melancarkan satu operasi sebagai tindak balas terhadap serangan ke atas beberapa pos sempadan polis pada 9 Oktober lalu.

Ramai dilaporkan terkorban. Bulan lalu, Bangladesh membangkitkan semula satu rancangan pada 2015 untuk memindahkan pelarian baharu dan lama dari Myanmar ke Pulau Thengar Char yang ditenggelami air, ketika air pasang.

Difahamkan, beberapa kumpulan bantuan tidak diajak untuk berbincang dan mereka menyifatkan rancangan itu mustahil untuk dilaksanakan.

Timbalan Menteri Hal Ehwal Luar Bangladesh, Shahriar Alam berkata, pelarian akan dipindahkan secara berperingkat selepas Thengar Char dibangunkan dengan pusat perlindungan dan kemudahan lain.

Bagaimanapun, katanya, tiada sasaran masa bila tindakan itu akan dimulakan. – Reuters

Berita Harian

Comments