Home Tempatan Bakar diri kecewa tak dapat kebun sawit

Bakar diri kecewa tak dapat kebun sawit

SHARE
KERETA Proton Saga yang dibakar seorang lelaki bersama dirinya akibat kecewa ditemukan di kebun kelapa sawit, Jalan Ayer Hitam-Yong Peng, di Batu Pahat.

BATU PAHAT 16 Jan. – Seorang lelaki ditemukan rentung seratus peratus dipercayai kerana membakar dirinya dalam kereta akibat kecewa tidak mendapat kebun kelapa sawit milik keluarga di Jalan Ayer Hitam-Yong Peng di sini, petang semalam.

Dalam kejadian pada pukul 4.20 petang itu, mayat Ting Ching King, 60, ditemukan orang awam dalam kereta jenis Proton Saga dan mangsa dipercayai mengambil tindakan nekad itu sejak tiga hari lalu.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, mangsa dipercayai merajuk dengan ibunya kerana kebun kelapa sawit tersebut tidak dipindah milik kepadanya dan sebagai bukti kecewa, mangsa membakar kereta bersama-samanya dalam kebun terbabit.

“Mangsa juga ada menghubungi ibunya kira-kira pukul 3 petang, Jumaat lalu yang menyatakan dia tidak mahu lagi mengambil apa-apa harta milik keluarga,” katanya ketika dihubungi di sini sebentar tadi.

Ujar Abdul Wahib, kes terbabit diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR). -UTUSAN ONLINE

Utusan Malaysia

Comments