Home Antarabangsa Baitulmaqdis milik umat Islam

Baitulmaqdis milik umat Islam

Pengiktirafan sebagai ibu negara Israel umpama ‘menempah maut’

SHARE
MASYARAKAT antarabangsa melihat usaha Amerika Syarikat untuk mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel sebagai membawa kehancuran kepada proses damai Asia Barat. REUTERS

JEDDAH 5 Dis. – Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menyelar sebarang cubaan atau usaha untuk mengubah sejarah dan status Baitulmaqdis ketika ini.

Ketetapan itu diputuskan dalam satu mesyuarat luar biasa Jawatankuasa Perwakilan Tetap pertubuhan tersebut di sini semalam, lapor Arab News.

Dalam satu kenyataan berhubung perkara itu, OIC sekali lagi menegaskan bahawa Pa­lestin khususnya Baitulmaqdis adalah milik umat Islam.

Pada masa yang sama, OIC juga mengesahkan identiti Arab dan Islam di Baitulmaqdis Timur yang dikuasai Palestin serta me­ngutuk sebarang pencerobohan untuk mengubah status, demografi serta identiti kota suci itu.

Untuk berita penuh sila klik di sini

UTUSAN ONLINE

Comments