Home Tempatan Baiah tegakkan Islam, Melayu

Baiah tegakkan Islam, Melayu

SHARE

SUNGAI BULOH – DAP bimbang dengan kumpulan baiah kerana ia adalah kumpulan yang akan mempertahankan Islam dan Melayu di Malaysia.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia bertentangan dengan prinsip dan perlembagaan DAP yang tidak boleh menerima hak Melayu, tidak boleh menerima Islam diletakkan lebih tinggi daripada agama lain dan sebagainya.

“DAP sentiasa menentang keistimewaan orang Melayu dan Islam. Kalau boleh mereka (DAP) nak menyamaratakan semua aspek dari segi kaum dan agama.

“Jadi, tentulah perjuangan berbaiah ini bertentangan dengan perjuangan mereka,” katanya pada majlis pelancaran Pertubuhan Ahli-Ahli Baiah Malaysia dan Penyampaian Watikah serta Selempang 2017, di sini, kelmarin.

Ismail Sabri berkata,  tidak hairanlah mereka gerun kepada berbaiah kerana ahli kumpulan baiah apabila memperjuangkan Islam dan Melayu tidak berdasarkan mulut sahaja tetapi bersumpah dengan al-Quran dan al-Sunnah.

“Ini adalah sumpah, berbeza dengan pihak lain dari segi perjuangan, sebab itu boleh berubah-ubah.

“Mereka bersumpah menjunjung al-Quran untuk mempertahankan agama dan bangsa,” katanya.

Justeru, katanya, mereka tidak boleh lari daripada perjuangan kerana perjuangan itu bersumpah dengan ALLAH SWT.

Sinar Online

Comments