Home Tempatan Bahasa Vernakular bukan bahasa rasmi kerajaan

Bahasa Vernakular bukan bahasa rasmi kerajaan

SHARE

KUALA LUMPUR 26 Jun – Bahasa Mandarin adalah bahasa vernakular untuk kaum Cina sahaja dan tidak boleh digunakan sebagai bahasa dalam urusan rasmi kerajaan.

Perkara ini ditegaskan sendiri oleh Felo Utama Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr. Teo Kok Seong yang turut menegaskan bahawa sudah jelas termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, bahasa rasmi digunakan dalam urusan kerajaan ialah bahasa Melayu.

“Bahasa-bahasa lain hanya boleh digunakan untuk tujuan mengajar atau dipelajari namun bagi urusan rasmi negara, tidak boleh bahasa selain bahasa Melayu.

“Sewajarnya begitu kerana sebagai bahasa Kebangsaan, bahasa Melayu mesti diterima pakai sepenuhnya dan tidak ada pihak boleh disifatkan sebagai cacat berbahasa Melayu sehingga memerlukan bahasa lain sebagai satu bentuk ‘bantuan’,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Untuk berita penuh sila klik di sini

UTUSAN ONLINE

 

Comments