Home Tempatan Bahasa Melayu tidak mustahil jadi rujukan antarabangsa

Bahasa Melayu tidak mustahil jadi rujukan antarabangsa

SHARE
MENTERI Pelajaran, Dr Maszlee Malik. - Foto Halim Salleh

KUALA LUMPUR: Perjuangan bahasa dan sastera perlu selari dengan sejarah yang sudah dilakar pada 9 Mei lalu.

Menteri Pelajaran, Dr Maszlee Malik, berkata tarikh 9 Mei membuktikan tidak ada lagi yang mustahil di negara ini.

“Justeru, tidak mustahil untuk bahasa Melayu Malaysia diangkat sebagai bahasa antarabangsa yang mampu dijadikan rujukan pembelajaran bahasa Melayu.

“Hasrat saya dalam tempoh lima tahun ini Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mampu setaraf dengan British Council, Goethe Institute dan Nippon Institute.

“Hal ini boleh dimulakan dengan membuka kelas pembelajaran bahasa Melayu di setiap kedutaan Malaysia di luar negara,” katanya pada Majlis Baca Puisi Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA)-ITBM-DBP di Rumah PENA di sini, semalam.

Untuk berita penuh sila klik di sini

Berita Harian

Comments