Home Tempatan BAHASA MELAYU BAHASA RASMI

BAHASA MELAYU BAHASA RASMI

SHARE

PERLEMBAGAAN Malaysia Artikel 152 menyatakan dengan jelas bahawa bahasa Melayu adalah bahasa rasmi negara. Sejak merdeka bahasa Melayu telah digunakan dalam sistem pendidikan, urusan rasmi negara supaya pembentukan generasi baharu dengan kemahiran berbahasa Melayu terjadi.

Agak pelik selepas lebih 60 tahun merdeka, kemahiran berbahasa Melayu masih longgar dan sesetengah ahli Parlimen dan generasi selepas merdeka bukan Melayu terutama generasi muda masih belum mampu berbahasa Melayu dengan baik.

Menarik kalau diteliti ke­upayaan golongan Baba Peranakan yang melakukan pendekatan asimilasi tidak sahaja mampu berbahasa Melayu walaupun de­ngan gayanya yang tersendiri dan mampu menyantuni budaya Melayu dan ia menghasilkan suatu bentuk persefahaman antara etnik dan menjadi asas perpaduan di Malaysia.

Untuk berita penuh sila klik di sini

UTUSAN ONLINE

Comments