Home Tempatan Badan Kristian Antarabangsa Cuba Tempelak PDRM?!

Badan Kristian Antarabangsa Cuba Tempelak PDRM?!

SHARE

Kuala Lumpur: Sebuah badan Kristian antarabangsa hari ini cuba memberi arahan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya menghentikan sebarang siasatan terhadap Pastor Raymond Koh yang dikatakan diculik dan membawa mereka yang menculiknya ke muka pengadilan.

Christian Solidarity Worldwide (CSW) kelihatan seperti mahu membuli pihak berkuasa Malaysia apabila melabelkan siasatan yang sedang dibuat ke atas Pastor Raymond Koh di bawah Seksyen 298(A)(1) Kanun Keseksaan sebagai “tidak berasas”.

“We urge the Malaysian police to halt their baseless investigation against Pastor Koh and instead concentrate on securing his release and holding the criminals who have abducted him to account,” kata Benedict Rogers, Ketua Kumpulan Asia Timur CSW, dalam satu kenyataan sempena 100 hari kehilangan Pastor Raymond Koh.

Pastor Raymond Koh seperti yang dilaporkan oleh sebuah portal tempatan dikatakan terlibat dalam satu usaha, bersama beberapa pembantu lain, untuk memurtadkan sejumlah remaja Muslim di Perlis.

CSW pula menegaskan bahawa Harapan Komuniti yang diasaskan oleh Pastor Raymond Koh adalah sebuah badan kebajikan yang banyak terlibat dengan kerja kebajikan membabitkan ibu tunggal, penagih dadah, pengidap HIV positif dan mereka yang kurang bernasib baik.

Comments