Home Tempatan Azmi Sharom Ada Hak Untuk Jadi Haramjadah – Syed Hassan PERKASA

Azmi Sharom Ada Hak Untuk Jadi Haramjadah – Syed Hassan PERKASA

SHARE

KUALA LUMPUR: Kritikan Azmi Sharom terhadap beberapa tokoh dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) baru-baru ini dalam sebuah forum di Universiti Malaya sempena Sambutan 60 Tahun Perlembagaan Persekutuan disambut dengan kata-kata kesat daripada salah seorang wakil NGO tersebut yang jelas kurang senang dengan label yang digunakan oleh pensyarah undang-undang itu.

Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali berkata tuduhan pensyarah Undang-Undang Universiti Malaya iaitu Prof. Madya Azmi Sharom terhadap Ibrahim Ali, PERKASA dan ISMA digambarkan sebagai dungu, suka memecah-belahkan masyarakat dan bersifat rasis itu adalah biadap dan kurang ajar.

Menurutnya, tidak ada respons yang baik dan sepatutnya diberikan kepada Azmi Sharom selain layaknya hanya diberikan label sebagai ‘haramjadah’.

“Saya memberi respons kepada kebiadapan Azmi Sharom dalam kenyataannya yang bersifat mengecam itu, bahawa dia memang berhak menjadi haramjadah. Itu sahaja,” katanya.

Menurutnya, beliau tidak mahu berhujah dengan ‘haramjadah’ dalam sebarang perkara kerana tidak ada gunanya berhujah dengan pihak yang hanya mahu meraih populariti media sahaja.

“Cukup untuk saya mengatakan, dia (Azmi Sharom) berhak hendak kata apa sahaja dia mahu, kerana dia ada hak menjadi haramjadah,” katanya.

Syed Hassan berkata, umum sedia maklum dan sudah memahami di Malaysia ini, sesiapa nak dapat perhatian atau nak popular senang sahaja, bantai dan peleceh Perkasa dengan Isma, pasti dapat liputan media dan mendapat sokongan puak-puak liberal seperti beliau.

 

Comments