Home Tempatan Ayat Quran bukan modal berniaga, kata khutbah Jais

Ayat Quran bukan modal berniaga, kata khutbah Jais

SHARE
In this picture taken on May 22, 2015, Rohingya men read the Koran at a confinement area for migrants at Kuala Cangkoi, Aceh province, after hundreds of Rohingya migrants from Myanmar and Bangladesh were rescued by Indonesian fishermen off the waters of the province on May 20. The widespread persecution of the impoverished community in Myanmar's Rakhine state is one of the primary causes for the current regional exodus, alongside growing numbers trying to escape poverty in neighbouring Bangladesh. AFP PHOTO / Chaideer MAHYUDDIN

KUALA LUMPUR, 27 Jan — Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyeru umat Islam berwaspada dengan tindakan sebahagian peniaga yang cenderung mengeksploitasi penggunaan ayat al-Quran dalam aktiviti seharian mereka.

Khatib melalui khutbah hari ini berkata perbuatan berkenaan merupakan fitnah kepada al-Quran selepas terdapat peniaga yang menggunakan ayat suci itu bagi meraih pendapatan mudah.

“Pada hari ini, terdapat pelbagai produk dijual dengan menggunakan ‘unsur’ agama sebagai nilai komersial dalam melariskan perniagaan.

“Dewasa ini semakin banyak produk perniagaan yang kononnya dibacakan ayat al-Quran sama ada lengkap 30 juzuk atau sebahagiannya.

“Bukan sahaja dibacakan pada air minuman, malah minyak wangi, ayam ternakan, vitamin, makanan tertentu dan sebagainya.

“Ini jelas memperdagangkan bacaan al-Quran dalam bentuk sedemikian adalah bukan matlamat sebenar al-Quran diturunkan oleh Allah,” katanya.

Khutbah yang disampaikan di seluruh masjid negeri Selangor itu bertajuk “Eksploitasi Agama Demi Habuan Dunia”.

Jais berkata selain al-Quran, hadis palsu juga tidak terlepas digunakan peniaga demi melariskan perniagaan mereka.

Katanya, Islam tidak seharusnya dijadikan jalan mudah untuk meraih kekayaan kerana matlamat hidup sebenarnya adalah kejayaan di akhirat.

“Amalan ini boleh menjatuhkan martabat Islam yang mulia kerana mempermainkan hadis Rasulullah boleh merosakkan pegangan akidah umat Islam itu sendiri.

“Semua pihak perlu memainkan peranan yang lebih proaktif dan mengambil tindakan tegas kepada sesiapa sahaja yang menggunakan nama agama.

“Islam mahukan kita sentiasa berhati-hati di dalam urusan dunia agar tidak menyimpang dari landasan yang telah ditetapkan oleh Allah,” katanya.

The Malay Mail Online

Comments