Home Antarabangsa Ateisme Disebabkan Kekaguman Dengan Budaya Barat – Asadullah Ali

Ateisme Disebabkan Kekaguman Dengan Budaya Barat – Asadullah Ali

SHARE

Atlanta, Amerika Syarikat: Kebangkitan ateisme sejak kebelakangan ini mempunyai kaitan rapat dengan kebudayaan semasa, kemajuan daripada segi materi negara-negara Barat dan persepsi dalam kalangan golongan ini sendiri.

Menurut Asadullah Ali al-Andalusi, pakar Falsafah Ateisme yang berpengkalan di Atlanta, Amerika Syarikat, kekaguman masyarakat dunia dengan pencapaian materi dunia Barat telah mewujudkan satu pandangan yang buruk terhadap agama secara umumnya.

“Lazimnya, kebangkitan gerakan ini boleh dikaitkan dengan kekaguman mereka (ateis) terhadap nilai-nilai sekular Barat serta obsesi terhadap pencapaian sains dan teknologi dunia Barat. Pencapaian daripada segi materi disalah-ertikan sebagai selari dengan kebenaran ideologi sekular.”

Ini bermakna, setelah negara-negara Barat menjauhi agama dan menjauhi nilai-nilai keagamaan (sekular), peradaban mereka (dilihat seolah-olah) semakin maju. Maka dengan ini, kemunduran, kezaliman, bencana yang wujud pada Zaman Kegelapan dulu, disimpulkan adalah disebabkan oleh agama.

Selari dengan itu apabila negara-negara Barat menolak nilai-nilai keagamaan, negara-negara ini semakin maju daripada aspek pembangunan saintifik, teknologi, sosial, ekonomi dan lain-lain lagi.

Menurut Asadullah lagi terdapat juga mereka-mereka yang menjadi ateis kerana pengalaman buruk mereka sendiri bersama dengan orang Islam.

“Dari sudut bertentangan spektrum pula, ateisme berpunca dari pengalaman buruk bersama orang-orang Islam,” katanya lagi.

“Gabungkan dua-dua asbab ini, maka natijahnya sangat teruk,” tegasnya lagi.

Comments