Home Tempatan Ateis Melayu makin ramai

Ateis Melayu makin ramai

SHARE

GOLONGAN ateis dalam kalangan masyarakat Melayu semakin bertambah hingga Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mewujudkan sebuah unit khusus dalam memberi bimbingan serta memantau penularan keadaan tersebut.

Pegawai Unit Konsultasi Akidah Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Mohamad Razif Mohamad Fuad berkata, Unit Konsultasi Akidah telah diwujudkan setahun lalu dengan fokus utama untuk membantu golongan itu kembali kepada akidah Islam yang sebenar.

“Golongan ateis semakin ramai, unit ini bertujuan untuk memberi khidmat nasihat dan bimbingan kepada mereka yang terlibat terutamanya orang Melayu beragama Islam.

“Kami mengalu-alukan mereka yang terjebak dengan fahaman tersebut untuk mengikuti sesi bimbingan, diskusi dan khidmat nasihat yang dikendalikan pegawai-pegawai yang bertauliah,” jelasnya ketika ditemui baru-baru ini.

Untuk berita penuh sila klik di sini

UTUSAN ONLINE

Comments