Home Antarabangsa AS Buka Kedutaan Di Baitulmuqaddis Hari Ini

AS Buka Kedutaan Di Baitulmuqaddis Hari Ini

SHARE

Baitulmuqaddis: Rakyat Palestin dijangka akan beramai-ramai berkumpul di sempadan Gaza untuk memprotes tindakan Amerika Syarikat membuka kedutaannya di Baitulmuqaddis hari ini.

Menurut AFP, wujud kebimbangan protes rakyat Palestin ini akan berakhir dengan kematian dan kecederaan sekiranya mereka cuba untuk merosakkan atau menyeberangi pagar yang dikawal oleh penembak tepat Israel.


7 Tuntutan Kedaulatan Islam
Trump dijangka berucap menerusi satu sidang video ketika majlis perasmian yang dijadualkan berlangsung jam 4 petang waktu tempatan hari ini.

Bagaimananapun, Kesatuan Eropah (EU) menyatakan bantahan tegas terhadap pemindahan kedutaan AS dan menegaskan akan memboikot acara terbabit.

Penasihat Keselamatan Dalam Negeri AS, John Bolton mendakwa, keputusan AS ini sebagai satu “pengiktirafan realiti” dan ia membolehkan perjanjian damai tercapai antara Palestin dan Israel.

Pembukaan kedutaan AS di Baitulmaqaddis dibuat selepas Trump mengiktiraf tapak suci ketiga umat Islam itu sebagai ibu negara Israel walaupun ia mencetuskan kemarahan dunia Islam serta bantahan besar-besaran di Palestin.

Comments