Home Antarabangsa Arab Saudi larang bawa masuk, sembelih unta di Mekah

Arab Saudi larang bawa masuk, sembelih unta di Mekah

Ia bagi melindungi kesihatan jemaah dari seluruh dunia yang tiba untuk mengerjakan ibadat haji daripada penyakit berjangkit.

SHARE
Unta dibuktikan sebagai sumber MERS, atau selesema unta, yang meragut nyawa beratus-ratus penduduk Arab Saudi.

RIYADH: Arab Saudi pada Khamis berkata ia melarang 5 kenderaan yang membawa muatan unta memasuki Mekah bertujuan melindungi jemaah haji daripada penyakit berjangkit, lapor agensi berita China Xinhua.

Omar Al Faqih, pengarah Kementerian Alam Sekitar, Air dan Pertanian di Mekah, berkata pihaknya berbuat demikian kerana melaksanakan keputusan Kementerian Kesihatan, lapor Agensi Akhbar Arab Saudi (SPA).

Kementerian Kesihatan turut mengharamkan penyembelihan unta di kota suci Mekah sebagai langkah berjaga-jaga bagi melindungi kesihatan jemaah dari seluruh dunia yang tiba untuk mengerjakan ibadat haji tahunan.

Untuk berita penuh sila klik di sini

Free Malaysia Today

Comments