Home Tempatan Aplikasi mudah alih MyAqsa dilancarkan

Aplikasi mudah alih MyAqsa dilancarkan

SHARE
IMAM Besar Masjid Al Aqsa Sheikh Dr E'krimah Sa'eed Sabri bersama Datuk Seri Jamil khir Baharom tiba bagi Program Solidariti Jerai Bersama Al - AQSA di Masjid Jamek Badlishah Yan di sini, hari ini. - UTUSAN ONLINE/ ISMAIL KAMADIN

JERAI 20 April – Aplikasi mudah alih MyAqsa dilancarkan sebentar tadi sempena program Solidariti Jerai Bersama Al-Aqsa di Masjid Jamek Badlishah, Yan di sini.

Terdahulu pada majlis sama lebih 500 masyarakat setempat dan pelajar Sekolah Sains Tahfiz Alor Setar hadir menunaikan solat Isyak yang diimamkan oleh Imam Besar Masjid Al-Aqsa, Sheikh Dr. E’krimah Sa’eed Sabri.

Bekas Mufti Palestin itu hadir ke negeri ini bagi memenuhi pelancaran aplikasi mudah alih itu dalam program yang bermula pada pukul 5 petang tadi.

Aplikasi mudah alih MyAqsa merupakan pertama seumpamannya yang dibangunkan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) di Malaysia berkenaan Al-Aqsa dan Baitulmuqqadis.

Untuk berita penuh sila klik di sini

UTUSAN ONLINE

Comments