Home Tempatan Apakah Malaysia Baru Perlu Ditentukan Oleh Kuasa Asing? – CENTHRA

Apakah Malaysia Baru Perlu Ditentukan Oleh Kuasa Asing? – CENTHRA

SHARE

Ketua Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (CENTHRA), Azril Mohd Amin menyatakan, terdapat desas desus dari beberapa pihak yang mendakwa, tindakan kerajaan yang mengambil keputusan untuk tidak meratifikasi ICERD, melambangkan kematian kepada semangat Malaysia Baru.

“Kami melihat sikap seperti ini sesuatu yang pelik. Adakah Malaysia Baharu perlu ditentukan oleh orang luar atau oleh masyarakat Malaysia itu sendiri? Adakah interpretasi mereka tentang Malaysia Baharu seolah-olah negara perlu mematuhi undang-undang yang digariskan oleh negara-negara asing, berbanding amalan di Malaysia yang mewartakan undang-undang mengikut keperluan dan keadaan tertentu masyarakat kita?”

Mengulas lanjut, pihak CENTHRA percaya, keputusan kerajaan untuk tidak meratifikasi ICERD merupakan satu tindakan bijak dalam memelihara kedaulatan Malaysia, dan ia melambangkan pemahaman yang mendalam tentang realiti sosio-politik yang berlaku di Malaysia.

Tambahnya lagi, adalah sangat jelas luahan ketidakpuasan hati tersebut, menggambarkan kecenderungan pihak-pihak ini yang merasakan Malaysia mesti ditadbir menurut konsensus kuasa asing dan bukan ditadbir dengan kuasa sendiri.

“Ini adalah satu visi yang tidak dapat diterima untuk masyarakat kita, dan kita mengucapkan tahniah kepada pentadbiran kerajaan di atas kebebasan dan sensitiviti mereka kepada realiti keunikan Malaysia.”

Tambahnya lagi, keputusan tersebut seharusnya mencetuskan harapan baru dalam janji sebuah Malaysia Baru dan bukannya ditanggapi dengan sikap pesimis.

Comments