Home Tempatan “Apabila Yang Mempertuhankan Lembu Bersatu” – FB Dr MAZA

“Apabila Yang Mempertuhankan Lembu Bersatu” – FB Dr MAZA

SHARE

Facebook: Pengendali akaun Facebook (akaun FB) Mufti Perlis, Profesor Madya Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin memuatkan puisi menempelak golongan ‘yang mempertuhankan lembu’ kerana mendesak supaya ‘pendakwah kita dibelenggu’ dan diserahkan kepada ‘kerajaan zalim menyembah api’.

Akaun FB Mufti Perlis meluahkan kata-kata tersebut dalam bait puisinya yang disiarkan di laman Facebooknya pada hari ini, pada ketika negara ini sedang panas dengan polemik beberapa kumpulan penganut suatu agama yang mendesak agar seorang tokoh pendakwah agama Islam dihantar pulang ke negara asalnya untuk dihadapkan ke mahkamah di negara asalnya.

Antara bait yang ditulis, “..apabila yang mempertuhankan lembu bersatu.. lantas menyeru agar pendakwah kita dibelenggu.. mahu diserahkan kepada kerajaan zalim menyembah api dan penganut sati..”

Puisi itu turut menegur beberapa bentuk kezaliman dan penindasan yang diamalkan dalam ajaran dan amalan masyarakat di negara asal tokoh pendakwah tersebut – membakar wanita janda, menyembah api, penganut ‘sati’, dan amalan sistem kasta yang menghina sesama manusia.

Ia juga menyelar sikap golongan ‘yang mempertuhankan lembu’ kerana mereka tidak pernah berterima kasih kepada apa yang ada di negara ini sehingga mereka sanggup berpakat untuk membuat angkara.

Puisi yang dinisbahkan kepada Dr MAZA tersebut, meneruskan, “di sini pula tidak pernah mereka berterima kasih kepada apa yang ada.. berpakat mereka membuat angkara..”

Isi kandungan puisi itu juga seolah-olah menyeru umat Islam agar bangkit mengambil tindakan dan tidak hanya berdiam diri kerana perbuatan golongan ‘yang mempertuhankan lembu’ ini telah melebihi had kesabaran dan toleransi.

Puisi tersebut diakhiri dengan rangkap, “kita tidak boleh berdiam bahasa.. toleransi dan kesabaran ada hadnya..”

Comments