Home Tempatan Anwar Ibrahim Bebas!

Anwar Ibrahim Bebas!

SHARE

Kuala Lumpur: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dibebaskan daripada penjara dan dilaporkan telah tadi mendapat pengampunan penuh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.

Menurut Astro Awani, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini dijatuhkan hukuman penjara lima tahun pada Februari 2015 atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya.


7 Tuntutan Kedaulatan Islam

Detik yang dianggap bersejarah buat Malaysia ini bukan sahaja mencuri tumpuan media tempatan, malah mendapat perhatian wakil media antarabangsa.

Datuk Seri Anwar berpakaian sut hitam dan bertali leher merah disambut ramai penyokongnya dan wartawan yang berkampung di luar Hospital Rehabilitasi Cheras, di mana beliau menjalani rawatan.

Comments