Home Tempatan Animasi nabi langgar fatwa, Jakim nasihat ibu bapa kawal internet

Animasi nabi langgar fatwa, Jakim nasihat ibu bapa kawal internet

SHARE
Fatwa ulama terkemuka dunia melarang wajah, peribadi atau perwatakan para nabi dan isteri dilukis, digambar serta dilakokan, kata Tan Sri Othman Mustapha. — Foto oleh Saw Siow Feng

KUALA LUMPUR, 5 Feb — Ibu bapa dinasihat mengawal carian internet anak-anak mengenai video animasi kisah nabi dan rasul terutama di Youtube, kata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Tan Sri Othman Mustapha berkata fatwa-fatwa ulama terkemuka dunia melarang wajah, peribadi atau perwatakan para nabi dan isteri dilukis, digambar serta dilakonkan.

“Gambaran dibuat bukan saja tidak tepat malah yang lebih membimbangkan ialah jika paparannya terpesong daripada hakikat sebenar serta memberikan tanggapan yang berbeza kepada penonton,” kata ketua pengarah Jakim seperti dilapor Harian Metro.

Beliau mengulas laporan akhbar itu tentang keluhan seorang bapa yang terkejut apabila mendapati wujudnya klip video animasi bersiri selepas anaknya berusia 10 tahun bertanyakan tentang rupa sebenar nabi.

Menggunakan bahasa Melayu dan Indonesia, antaranya mengisahkan tentang peristiwa korban Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail serta Nabi Adam dan Hawa yang diusir dari syurga selepas memakan buah khuldi yang digambarkan seperti epal.

“Jakim menyarankan kepada netizen agar dapat menandakan kandungan yang tidak sesuai menggunakan kemudahan Youtube,” kata Othman lagi.

Beliau turut menasihati orang ramai merujuk kepada badan agama tentang kandungan meragukan yang dikhuatiri boleh menjejaskan akidah umat Islam.

Fatwa ulama terkemuka dunia melarang wajah, peribadi atau perwatakan para nabi dan isteri dilukis, digambar serta dilakokan, kata Tan Sri Othman Mustapha.Fatwa ulama terkemuka dunia melarang wajah, peribadi atau perwatakan para nabi dan isteri dilukis, digambar serta dilakokan, kata Tan Sri Othman Mustapha.

The Malay Mail Online

Comments