Home Antarabangsa Anies hadapi tekanan daripada pengundi Kristian

Anies hadapi tekanan daripada pengundi Kristian

SHARE
Calon Gabenor Jakarta, Anies Baswedan menghadapi undi luar jangkaan daripada pengundi Kristian menjelang pusingan kedua pilihan raya umum daerah (Pilkada) September ini. - REUTERS

JAKARTA 22 Feb. – Calon Gabenor Jakarta, Anies Baswedan menghadapi undi luar jangkaan daripada pengundi Kristian menjelang pusingan kedua pilihan raya umum daerah (Pilkada) September ini.

Beliau bagaimanapun menafikan dakwaan cuba meraih sokongan penduduk Islam dan Anies menegaskan akan cuba menyatukan kembali Jakarta sekiranya memenangi pemilihan calon.

Kempen pemilihan telah dibayangi oleh ketegangan agama, dengan tunjuk perasaan dilancarkan oleh kumpulan pelampau Islam, Barisan Pertahanan Islam (FPI) terhadap calon pilihan, Basuki Tjahaja Purnama atau Ahok.

Beberapa keping gambar Anies bertemu dengan pemimpin FPI, Habib Rizieq disiarkan secara di media tempatan, menyebabkan tercetuskan kritikan terhadap beliau dan mencemarkan reputasinya sebagai seorang Muslim bersederhana.

“Saya fikir tuduhan itu tidak berasas langsung. Jika saya bertemu komuniti Katolik, adakah saya tidak lagi dianggap sebagai Muslim?” tegasnya. – REUTERS

utusan online

Comments