Home Antarabangsa Angka korban serangan Taliban meningkat kepada 140

Angka korban serangan Taliban meningkat kepada 140

SHARE
Polis keselamatan Afghanistan berjalan di kawasan rumah yang musnah selepas satu operasi di Asad Khil berhampiran tapak pengeboman di timur Kabul, Afghanistan. - Foto AP

KABUL: Angka korban serangan militan Taliban semalam, meningkat kepada 140 dalam insiden paling buruk ke atas pangkalan tentera Afghanistan, kata pegawai.

Pegawai di bandar raya Mazar-i-Sharif, lokasi serangan dilancarkan, berkata hari ini sekurang-kurangnya 140 anggota tentera maut manakala ramai lagi cedera.

Seorang pegawai lain berkata, angka kematian berkemungkinan lebih tinggi.

Seramai 10 militan Taliban, yang memakai seragam tentera Afghanistan dan memandu kenderaan tentera, menuju ke pangkalan dan melepaskan tembakan ke arah anggota tentera yang sedang menikmati hidangan malam dan meninggalkan masjid selepas solat.

Mereka menggunakan bom tangan dan raifal, kata pegawai.

Jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid, berkata dalam kenyataan hari ini serangan itu sebagai membalas dendam di atas pembunuhan beberapa pemimpin kanan pergerakan berkenaan di utara negara itu. – REUTERS

Berita Harian

Comments