Home Tempatan Angin kencang dijangka sehingga Khamis ini

Angin kencang dijangka sehingga Khamis ini

SHARE
Foto hiasan.- Foto NSTP

KUALA LUMPUR: Angin kencang timur laut dengan kelajuan 50-60 kilometer sejam (kmsj) dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter dijangka membadai kawasan perairan Condore, Reef North, Layang-Layang dan Palawan sehingga Khamis ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

Turut dijangka angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (11 kaki) di kawasan perairan Samui, Tioman, Bunguran, Reef South dan Labuan sehingga Khamis ini .

Untuk berita penuh, sila klik di sini

Berita Harian

Comments