Home Tempatan Ancaman maklumat gugat negara, kata bekas KPN

Ancaman maklumat gugat negara, kata bekas KPN

SHARE

SEREMBAN, 17 Ogos — Negara kini berhadapan dengan ancaman maklumat yang tidak betul, yang boleh menggugat keselamatan dan keamanan negara, kata bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan.

Beliau berkata masyarakat, terutama golongan muda, perlu menyemak kesahihan sesuatu maklumat sebelum mempercayai dan menyebarkannya.

“Maklumat yang tidak betul jika disebarkan kepada umum  hanya akan mengelirukan orang awam.

“Mereka yang melakukan ini hanyalah bertujuan untuk mencari pengaruh supaya orang membenci sesuatu pihak, yang akhirnya boleh menggugat keamanan dan keselamatan negara,” katanya kepada pemberita selepas sesi Dialog Isu Semasa #Negara bersama warga Institut Perguruan Kampus Raja Melewar, di sini semalam.

Beliau berkata jika ancaman maklumat ini tidak ditangani, dikhuatiri pihak yang terpengaruh, boleh melakukan sesuatu yang huru-hara.

Musa berkata pemimpin dan golongan dewasa perlu memainkan peranan dalam menyampaikan maklumat yang betul kepada generasi muda.

The Malay Mail Online

Comments