Home Tempatan Amnesty International Tarik Balik Anugerah Hak Asasi Manusia Aung San Suu Kyi

Amnesty International Tarik Balik Anugerah Hak Asasi Manusia Aung San Suu Kyi

SHARE

Amnesty International mengumumkan bahawa mereka menarik balik anugerah hak asasi yang dianugerahkan kepada pemimpin de facto Myanmar Aung San Suu Kyii.

Menurut The Independent, Anugerah Duta Hati Nurani itu ditarik balik atas sebab “pengkhianatan memalukan ke atas nilai-nilai yang pernah dipegangnya” susulan tindakannya yang tidak mempedulikan tindakan kejam junta (terhadap Rohingya Muslim) dan sikap tidak bertoleransi yang semakin menjadi-jadi terhadap kebebasan bersuara.

Tambah Amnesty International, mereka kecewa dengan Aung San Suu Kyii yang tidak menjaga hak-hak asasi manusia, keadilan atau kesamarataan di Myanmar.

Dalam surat yang dikirim kepada Suu Kyi, Setiausaha Agung Amnesty International Kumi Naidoo menulis, Anugerah Duta Hati Nurani 2009 yang diterima Suu Kyi ketika dikenakan tahanan rumah kerana menentang junta Myanmar, ditarik balik kerana pemimpin itu tidak lagi mewakili simbol harapan, keberanian dan pembelaan hak asasi manusia.

“Kegagalan Aung San Suu Kyii membela Rohingya merupakan salah satu penyebab mengapa Amnesty International menarik semula statusnya sebagai Duta Hati Nurani.”

Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendakwa pihak tentera melancarkan kempen pembersihan etnik, namun pentadbiran Suu Kyi menepis tuduhan yang dilabel berat sebelah dan mendakwa tindakan ketenteraan tersebut adalah sah dalam usaha mengekang pemberontakan.

Setakat ini, antara anugerah-anugerah Aung San Suu Kyi yang telah ditarik balik adalah anugerah Elie Weisel Museum Holocaust AS dan anugerah Freedom of the City, yang dikeluarkan oleh Dublin, Edinburgh, Oxford, Glasgow dan Newcastle.

Comments