Home Antarabangsa Kecam Hukuman Mati Bagi Golongan Gay Berkelamin, Amerika Syarikat Tidak Sokong

Kecam Hukuman Mati Bagi Golongan Gay Berkelamin, Amerika Syarikat Tidak Sokong

SHARE

Washington, Amerika Syarikat: Amerika Syarikat tidak bersetuju untuk mengundi menyokong resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mengecam hukuman mati bagi golongan gay yang melakukan hubungan kelamin.

Menurut The Independent, resolusi tersebut tetap mendapat kelulusan, walaupun Amerika Syarikat dan 12 buah negara lain seperti China, Iraq dan Saudi Arabia menolak untuk mengundi menyokong resolusi tersebut.

Resolusi Majlis Hak Asasi Manusia PBB mengecam hukuman mati untuk jenayah seperti murtad, penghujatan (blasphemy), zina dan hubungan seks sesama jantina”.

Resolusi ini juga membantah pelaksanaan hukuman mati terhadap “golongan yang mengalami ketidakupayaan mental atau intelektual, pesalah di bawah umur 18 tahun dan wanita hamil”. Di samping itu, resolusi ini juga menyatakan hukuman mati atas sebab zina yang dikenakan terhadap wanita adalah tidak adil.

Sebelum ini Amerika Syarikat menyokong dua pindaan yang telah gagal yang dikemukakan oleh Rusia.

Pindaan yang dikemukakan oleh Rusia menyatakan bahawa penalti hukuman mati tidak semestinya “satu pelanggaran hak asasi manusia”. Ia juga bukanlah satu bentuk penyeksaan, tetapi ia boleh menyebabkan (penyeksaan) dalam keadaan-keadaan yang tertentu.

Comments