Home Tempatan Ambil Tanah Untuk Bina Masjid, Kerajaan Mesti Bayar – Louise Liaw Verne...

Ambil Tanah Untuk Bina Masjid, Kerajaan Mesti Bayar – Louise Liaw Verne Xien

SHARE

Kuala Lumpur: Kerajaan tidak boleh mengambil tanah untuk pembinaan masjid, sekiranya tanah ini diambil tanpa membayar pampasan kepada tuan tanah. Jika kerajaan tidak membuat bayaran pampasan, tindakan ini boleh dicabar di mahkamah. Menurut Louis Liaw Verne Xien, pada satu bengkel Perlembagaan Persekutuan sempena hari Perlembagaan 2017 bersama pelajar sekolah menengah dan pelajar universiti yang rata-rata berumur bawah 20 tahun.

Bengkel ini telah diadakan untuk memberi kesedaran tentang isi kandungan Perlembagaan Persekutuan dan keberadaan Perlembagaan yang mengatasi Parlimen.

“Sebagai contoh, jika eksekutif (kerajaan) bercadang untuk mengambil alih sebidang tanah untuk membina masjid, mahkamah boleh mengeluarkan arahan bahawa, pampasan perlu dibayar kepada pemilik tanah tersebut. Sekiranya kerajaan enggan membayar, kita boleh ke mahkamah untuk menyaman kerajaan atas tindakan itu. Kerajaan tidak boleh bertindak sesuka hati, Parlimen tidak boleh membina masjid sesuka hati kerana mahkamah akan mempunyai kuasa pengimbang. Tetapi, pada masa yang sama orang yang dilantik sebagai hakim perlu melalui kerajaan,” tegas Louis.

Selain daripada itu, beliau turut menyatakan bahawa Kerajaan tidak mempunyai hak untuk menutup gereja. Ini kerana pada pendapat beliau, Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan memberi jaminan kebebasan beragama. 

“Perlembagaan Persekutuan melindungi agama dan menyatakan hak untuk beragama. Seseorang itu bebas ke gereja dan menyanyi serta beribadah, maka kebebasan ini tidak boleh dihalang. Sekiranya pada satu hari kerajaan mengarahkan penutupan semua gereja. Parlimen boleh membuat undang-undang tetapi adakah undang-undang itu berperlembagaan? Tidak, ia perlu ditentang kerana ianya hak saya dan kebebasan saya untuk mengamalkan agama saya,” tambah Louis lagi. 

“Kebebasan perlu diberikan untuk menyokong atau menentang kerajaan. Tidak boleh ada sesiapa yang berkata “hanya menyokong satu parti boleh disokong”,” ujar Louis.

Comments