Home Tempatan Ambil kira kedudukan Islam

Ambil kira kedudukan Islam

SHARE
Sumber gambar: Mynewshub

SHAH ALAM – Badan kehakiman sewajarnya mengambil kira kedudukan Islam sebagai agama persekutuan di negara ini, sebelum menetapkan keputusan sesuatu kes.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, selain itu bidang kuasa negeri terhadap urusan agama Islam dan peranan raja-raja sebagai ketua agama Islam turut menjadi komponen penting dalam negara ini, dengan mendapat nasihat daripada mufti atau majlis fatwa masing-masing.

“Pada masa sama (badan kehakiman) hendaklah mengambil kira batas hak agama lain yang mensyaratkan menjaga keharmonian masyarakat majmuk,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Pada 29 Januari lalu, Mahkamah Persekutuan memutuskan penukaran agama tiga anak seorang guru tadika, M Indira Ghandi seharusnya perlu mendapat persetujuan daripada ibu bapa sebelum Sijil Perakuan Memeluk Islam dikeluarkan Pendaftar Mualaf.

Pada April 2009, Muhammad Riduan, 47, telah menukar agama anak mereka kepada Islam tanpa persetujuan Indira Gandhi selepas dia memeluk Islam.

Pada 2016, Mahkamah Persekutuan mengarahkan Ketua Polis Negara menahan Muhammad Riduan kerana mengingkari perintah mahkamah tinggi yang mengarahkan untuk  menyerah anak bongsunya kepada bekas isterinya itu.

Indira Gandhi mendapat hak penjagaan sepenuhnya terhadap ketiga-tiga anaknya selepas Mahkamah Tinggi Ipoh mengeluarkan arahan itu pada 2010.

Sementara itu, Abdul Hadi menegaskan, Islam memberi jaminan setiap anak yang memilih agama ALLAH, perlu menunaikan kewajipan mereka terhadap ibu bapa yang tidak beragama Islam.

Sila klik di sini untuk bacaan lanjut.

Sinar Online

Comments