Home Tempatan Amaran ribut di perairan Sarawak, Labuan, Selat Melaka

Amaran ribut di perairan Sarawak, Labuan, Selat Melaka

SHARE

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di perairan Sarawak (Mukah, Bintulu, Rejang dan Miri) dan Wilayah Persekutuan Labuan dijangka berterusan sehingga lewat pagi ini.

Menurut kenyataan dikeluarkan di laman web METMalaysia, keadaan itu boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kilometer sejam (kmsj) dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (m) dan berbahaya kepada bot kecil.

Selain itu, bagi kategori perkapalan MetMalaysia turut memberi amaran ribut petir menyeluruh dijangka berlaku di perairan Selat Melaka Utara, Reef South dan Labuan dijangka berterusan sehingga lewat pagi ini.

Keadaan itu juga menyebabkan angin kencang dengan kelajuan 50 kmsj serta laut bergelora membawa ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot kecil.

MetMalaysia turut mengeluarkan amaran gempa bumi kuat skala 6.0 Richter di koordinat 55.4 utara 166.5 timur di rantau Komandorskiye Ostrova, timur laut Petropavlovsk Kamchatskiy, Rusia dan timur laut Kudat, Sabah.

Sila klik di sini untuk bacaan lanjut.

Berita Harian

Comments